Fly By Night


Movie Summary


Di tengah-tengah metropolitan yang sibuk, Tai Lo (Sunny Pang) menjalankan kegiatan penipuan yang menguntungkan. Berkomplot bersama rakannya yang merupakan seorang pemandu teksi serta adiknya iaitu Sai Loo (Fabian Loo). Tai Loo menjalankan aktiviti jahat dimana dia akan memeras ugut penumpang kaya yang dipilihnya semasa diambil di airport. Apabila dia membawa bekas banduan AH SOON (Eric Chen) – yang merupakan rakan sekerja ayahnya dan juga merupakan seorang bekas polis – didalam permainan keji tersebut, ia telah mengecewakan Sai Loo seorang yang panas baran dan selalu bermimpi untuk mengaut keuntungan yang lebih tinggi. Kerana bercita-cita tinggi dia berkomplot dengan geng Gwai Lo (Jack Tan), untuk melakukan pemerasan mereka sendiri, tanpa pengetahuan Tai Lo. Tetapi rancangan Sai Loo sedikit tersasar dan tanpa deketahui semua. Ini telah merarik perhatian seseorang, INSPEKTOR KAMAL (Bront Palarae) iaitu seorang polis yang keras kepala yang selalu terdedah dengan jenayah disekelilingnya. Perkara menjadi lebih teruk apabila tingkah laku Sai Lo menyebabkan kemarahan di kasino yang dijalankan oleh samseng terkenal iaitu JARED (Frederick Lee) yang kemudianya meminta pampasan daripada Tai Lo selain menyelesaikan hutang besar dua anak muda di tempat judi tersebut. Dengan niat untuk menyelamatkan semua orang Tai Lo terpaksa melibatkan diri dalam keadaan huru-hara ini. Dan apabila masa yang diberikan oleh Jared sudah tamat, akan ada beberapa yang akan terkorban, satu balasan kepada mereka atas perbuatan kotor yang mereka lakukan pada masa lalu.


In Cinema : 11 Apr 2019
Language : Mandarin
Subtitle : English
Genre : Crime / Drama
Running Time : 100 minutes 
Director : Zahir Omar
Cast : SUNNY PANG, ERIC CHEN, FABIAN LOO, JACK TAN, FREDERICK LEE & JOYCE HARN
Distributor :SKOP PRODUCTION


Movie Trailer



SHARE THIS




MORE MOVIES